Jumaat, 4 Mac 2011

Vrox Mini Tournament

Khamis, 4 Mac 2011, T10 sekali lagi memasuki pertandingan mini di Pusat Futsal Vrox. Pertandingan ini disertai oleh 12 pasukan. Perlawanan dimulakan dengan T10 bertemu pasukan tuan rumah, Vrox.. pertandingan sengit dimana kedua-dua pasukan berjaya menjaringkan gol. Terikan 1 gol manjadikan perlawanan bertambah menarik. Namun pada separuh masa kedua, team lawan berjaya menjaringkan gol dan menewaskan T10. Analisa yang dibuat mendapatai pasukan T10 kurang fokus di dalam perlawanan ini. defance juga acapkali meninggalkan posisi untuk menyerang dan lambat untuk mengawal posisi asal, ini menyebabkan pasukan lawan senang untuk membalas serangan dengan pantas dan membolosi gawang pasukan.

Pada perlawanan kedua, T10 berlawan dengan pasukan TNF (kalau x silap), pasukan ini telah berjaya menewaskan pasukan Vrox. agak gementar juga melihat permainan awal pasukan ini yang pantas. namun begitu atas semangan T10, tidak mudah untuk menyerah..... aksi permulaan amat baik dimana T10 berjaya mengatasi masalah di perlawanan pembukaan. T10 berjaya membuat jaringan awal. namun begitu pasukan lawan juga berjaya menyumbatkan gol menjadikan keputusan seri pada separuh pertama. Pemainan agak seimbang dimana kedua-dua pasukan berusaha keras untuk mancari gol. Namun pada separuh masa kedua, T10 lebih banyak menguasai perlawanan. Banyak peluang untuk menjaringkan gol namun disia-siakan. Ini perlu dibaiki untuk perlawanan akan datang. Akhirnya T10 berjaya membolosi gol lawan. Keputusan akhir T10 2 -TNF 1

T10 berjaya memasuki suku akhir menerusi kelebihan gol di dalam kumpulan. di dalam kumpulan ketiga-tiga pasukan mencatat 1 kemenangan dan 1 kekalahan.

diperingkat suku akhir, T10 berdepan degan pasukan Slowdown. Pemainan agak pantas dan mengkelamkelibutkan pertahanan T10. pada separuh masa pertama kidua-dua pasukan berjaya menjaringkan gol dengan berkedudukan seri, namun slowdan berjaya menjaringkan 2 gol pada babak setrerusnya. T10 berjaya merapatkan jurang menjadikan 2 -3. tamat separuh masa kedua dengan kekalahan kepada T10. kekalahan ini tidak merentap semangat T10 untuk mencuba lagi dimasa kan datang.

Tiada ulasan: