Rabu, 2 Mac 2011

PERLAWANAN DENGAN WHITE SHADOW

Pada 1 Mac 2011 pada jam 10 malam, diadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan White Shadow yang merupakan antara 10 pasukan terbaik di Kuala Lumpur, perlawanan dapat diadakan kerana beberapa pemain T10 merupakan juga pemain-pemain White shadow seperti Ikhwan, Ilmam dan Fauzan. Permainan bermula dengan White Shadow mendahului dengan 2 gol berbalas kosong. permainan pantas white shadow menyesakkan nafas pemain-pemain T10 namun T10 berusaha untuk mengawal rentak permainan. T10 berjaya menjaringkan gol pertama serta menyamakan kedudukan gol 2 sama. selepas itu tanpa menoleh kebelakang, T10 terus mendahului 6 gol dan diikuti rapat oleh white shadow sehingga kedudukan 6 berbalas 5. walaupun ditekan hebat oleh team tersebut, T10 terus bangkit mendahului sehingga berjaya menyumbat banyak gol sehingga ke kedudukan 10 berbalas 6. kejar mengejar gol antara kedua-dua pasukan ini menraik ramai penonton dan pemain court lain di Sport Planet Kajang. White Shadow berjaya merapatkan jurang gol dengan menyumbat 3 gol menjadikan kedudukan gol 10 berbalas 9. walaupun kepenatan, T10 tetap mahu mencatatkan kejayaan apatah lagi dapat menguasai perlawanan tersebut walaupun diberikan tentangan yang hebat.. T10 terus menjaringkan 4 lagi gol berturut-turut. White shadow juga bekerja keras mencari gol namun kebanyakan usaha yang dibuat dapat dipatahkan oleh pertahanan T10 dan ada yang tidak tepat menuju ke gawang. Permainan berkesudahan dengan T10 14 White Shadow 9

Tiada ulasan: