Selasa, 15 Mac 2011

Malam ni t10 lawan Miros....

Saksikan pertemuan hebat antara dua team... T10 VS MIROS....  8 malam. Vrox...

Perlawanan T10 dengan team bangi. Junior aliq

Ape ek nak report.... game yang kurang memberangsangkan dimana banyak kesilapan dibuat. tektikal dan teknikal... buat peningkatan, jangan kerana team A takda tem B tak leh pergi/main.. tingkatkan permainan bagi team B okey...

Khamis, 10 Mac 2011

Perlawanan Persahabatan dengan Team Kawan Ayoi

Rabu 9 Mac 2010, Satu perlawanan telah diaturkan oleh Ayoi menetang team member dia dekat Galaksy seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Seperti biasa pemain yang diturunkan hanya cukup-cukup. Ayoi, Pali, Ude, Sodep, Pojan, Loloy dab Abd Reza.... Permainan yang ditunjukkan bukanlah permainan yang biasa dimainkan oleh T10. kebanyakan gerakan tidak menjadi. pergerakan agak slow dan passing ball tak tepat kepada rakan atau terlalu kuat. Posisi pemain juga didapati bertindih antara satu dengan lain dimana 2 pemain berada pada posisi yang sama ketika permainan. Rotation yang dibuat juga kurang menjadi. Boleh dikatakan kesemua pemain tidak menunjukkan performence yang baik pada malam ini. Diharapkan agar pemain dapat menunjukkan prestasi yang lebih baik. setiap friendly membawa nama baik team. menang atau kalah adat permainan tetapi pemainan yang baik mesti ditunjukkan. Semoga menjadi iktibar...

FRIENDLY GAME

On tuesday , Mac 2011 T10 played versus of of the Kajang team at SPK, 11 pm. Tremandeous skills was shown by all the player. improvement on ball controlling skills, passing and positioning. it is a normal not so hard game but it is enough for player to boost up their game. well done again T10 won the game by 6 - 9.

Sabtu, 5 Mac 2011

ADIDAS MINI TOURNAMENT @JPS AMPANG

Minggu yang meletihkan dimana hampir tiap malam ada game or tournament.. rajin gak dak2 ni... ok pada 4 Mac,. T10 dengan suka hatinya men join adidas mini tournament ni kt JPS ampang. T10 hantar 2 team 1 budak besa 1 bawah 17 tapi game bawah 17 cancel x ramai join. jadi dorg join dak2 besa la... join open...

Top-top gak yang masuk.. hebat-hebat sumer. x hingat shoot bola.. team senior lawan 3 kali menang 2 seri 1.. x dapat masuk suku sebab seri dengan satu lagi team... so kira jaringan... jaringa dua2 team same.. kira bolos plak.... ermm T10 terbolos banyak plak.. so T10 tak dapat la masuk suku... tp best ar men da baik... xde nasib aaa.....

Team Jr plak masuk bidang terjun... lawan team budak2 besa...xde pengalaman lagi.. so first game lawan team kuat... tau-tau jela... blur... tapi bg fight juga... dapat la score 2 gol dan bolos 5 gol...  game kedua plak... dapat da rentak... menang 6-0, game ketiga kalah 4-0. pengalaman kan.. so next time... main lg baik key...

Manager plak letih....

Jumaat, 4 Mac 2011

Vrox Mini Tournament

Khamis, 4 Mac 2011, T10 sekali lagi memasuki pertandingan mini di Pusat Futsal Vrox. Pertandingan ini disertai oleh 12 pasukan. Perlawanan dimulakan dengan T10 bertemu pasukan tuan rumah, Vrox.. pertandingan sengit dimana kedua-dua pasukan berjaya menjaringkan gol. Terikan 1 gol manjadikan perlawanan bertambah menarik. Namun pada separuh masa kedua, team lawan berjaya menjaringkan gol dan menewaskan T10. Analisa yang dibuat mendapatai pasukan T10 kurang fokus di dalam perlawanan ini. defance juga acapkali meninggalkan posisi untuk menyerang dan lambat untuk mengawal posisi asal, ini menyebabkan pasukan lawan senang untuk membalas serangan dengan pantas dan membolosi gawang pasukan.

Pada perlawanan kedua, T10 berlawan dengan pasukan TNF (kalau x silap), pasukan ini telah berjaya menewaskan pasukan Vrox. agak gementar juga melihat permainan awal pasukan ini yang pantas. namun begitu atas semangan T10, tidak mudah untuk menyerah..... aksi permulaan amat baik dimana T10 berjaya mengatasi masalah di perlawanan pembukaan. T10 berjaya membuat jaringan awal. namun begitu pasukan lawan juga berjaya menyumbatkan gol menjadikan keputusan seri pada separuh pertama. Pemainan agak seimbang dimana kedua-dua pasukan berusaha keras untuk mancari gol. Namun pada separuh masa kedua, T10 lebih banyak menguasai perlawanan. Banyak peluang untuk menjaringkan gol namun disia-siakan. Ini perlu dibaiki untuk perlawanan akan datang. Akhirnya T10 berjaya membolosi gol lawan. Keputusan akhir T10 2 -TNF 1

T10 berjaya memasuki suku akhir menerusi kelebihan gol di dalam kumpulan. di dalam kumpulan ketiga-tiga pasukan mencatat 1 kemenangan dan 1 kekalahan.

diperingkat suku akhir, T10 berdepan degan pasukan Slowdown. Pemainan agak pantas dan mengkelamkelibutkan pertahanan T10. pada separuh masa pertama kidua-dua pasukan berjaya menjaringkan gol dengan berkedudukan seri, namun slowdan berjaya menjaringkan 2 gol pada babak setrerusnya. T10 berjaya merapatkan jurang menjadikan 2 -3. tamat separuh masa kedua dengan kekalahan kepada T10. kekalahan ini tidak merentap semangat T10 untuk mencuba lagi dimasa kan datang.

PERLAWANAN BERSAMA TEAM DARI SG JELOK

Satu perlawanan diatur pada 2 Mac 2011 jam 9 malam di antara T10 dan Tean dari Sg Jelok. kali ini Team T10 B diberi peluang untuk  memulakan perlawanan. T10 B bermula permainan dengan baik, walaupun last men tidak dapat bermain kerana ada kelas, namun masih lagi dapat mengatur perlawanan dengan baik. Team lawan didapati empunyai skil kawalan bola yang baik disamping skill individu dan passing yang agak baik juga. tidak kurang bagi team T10 yang dapat membuat hantaran-hantaran dengan baik. setalah permainan berjalan hampir setengah jam T10 ketinggalan 4 gol.  namun begitu, T10 masih dapat mengejar sehingga perlawanan tamat tetapi tewas dengan kekurangan 2 gol. Tahniah kepada pasukan Sg. Jelok dan tahniah juga kepada team T10 kerana menunjukkan semangat permainan yang cemerlang.

Rabu, 2 Mac 2011

PERLAWANAN DENGAN WHITE SHADOW

Pada 1 Mac 2011 pada jam 10 malam, diadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan White Shadow yang merupakan antara 10 pasukan terbaik di Kuala Lumpur, perlawanan dapat diadakan kerana beberapa pemain T10 merupakan juga pemain-pemain White shadow seperti Ikhwan, Ilmam dan Fauzan. Permainan bermula dengan White Shadow mendahului dengan 2 gol berbalas kosong. permainan pantas white shadow menyesakkan nafas pemain-pemain T10 namun T10 berusaha untuk mengawal rentak permainan. T10 berjaya menjaringkan gol pertama serta menyamakan kedudukan gol 2 sama. selepas itu tanpa menoleh kebelakang, T10 terus mendahului 6 gol dan diikuti rapat oleh white shadow sehingga kedudukan 6 berbalas 5. walaupun ditekan hebat oleh team tersebut, T10 terus bangkit mendahului sehingga berjaya menyumbat banyak gol sehingga ke kedudukan 10 berbalas 6. kejar mengejar gol antara kedua-dua pasukan ini menraik ramai penonton dan pemain court lain di Sport Planet Kajang. White Shadow berjaya merapatkan jurang gol dengan menyumbat 3 gol menjadikan kedudukan gol 10 berbalas 9. walaupun kepenatan, T10 tetap mahu mencatatkan kejayaan apatah lagi dapat menguasai perlawanan tersebut walaupun diberikan tentangan yang hebat.. T10 terus menjaringkan 4 lagi gol berturut-turut. White shadow juga bekerja keras mencari gol namun kebanyakan usaha yang dibuat dapat dipatahkan oleh pertahanan T10 dan ada yang tidak tepat menuju ke gawang. Permainan berkesudahan dengan T10 14 White Shadow 9