Isnin, 21 Februari 2011

Team A dan Team B membelasah lawan

Kajang, 20 February 2011 - Pasukan sedang meningkat naik T10 telah bertemu dua pasukan yang dijemput untuk menadakan perlawanan persahabatan. perlawanan diadakan di Sports Planet Kajang pada jam 9 dan 10 malam.

Perlawanan pertama menyaksikan T10-B mempamerkan semangat juang yang tinggi. Pemain-pemain serangan menunjukkan peningkatan yang baik dimana corak serangan di atur dan secara bertubi-tubi menerjah gol lawan. Pada perlawanan ini, T10-B telah menjaringkan lebih dari 6 gol manakala pihak lawan menjaringkan 3 gol sahaja.

Perlawanan kedua menyaksikan T10-A memulakan perlawanan dengan baik dimana kedua-dua pasukan menunjukkan aksi yang pantas dan skill yang tinggi. Namun begitu T10-A seawal permainan bermula telahmenjaringkan gol. Corak pemainan dan kemas beserta umpanan yang tepat serta kelibat 'Bonzer a.k.a Mutant' berjaya membuatkan pintu gol lawan bergegar berulang kali. pada perlawanan kedua ini, T10A bersekali pemain T10B berjaya menewaskan lawan dengan gol yang besar iaitu 15 berbalas 5.

sekian laporan untuk hari ni. Terima kasih..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mcm brita da......